Naif sang Pejuang

bila diri ditekan, diri terpaksa menerima tanpa pertanyaan yang beribu...bila diri dalam kealpaan ad yang datang mengingatkan..bila diri dalam ketandusan ada juga yang meyirami...kerna ku tau ku hanyalah pejuang yang naif yang ingin bersama2 berjuang..

7:29 AM

ISLAM IS TERRORIST???

Posted by fendi@saladin

SALAM MALAM SYAWAL..
Sehari dua sebelum menyambut Syawal dunia dikejutkan dengan tumpasnya seorang figure yg dipropagandakan kononnya sbg pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara.Satu lagi tamparan baru buat ummat islam seluruh dunia,yang selama ini memang sudah dicop sbg agama pengganas.Diri ini bkan nak membela susuk nie malah xtau setakat mane kegiatan hamba Allah nie kalau 'ada' pon.

Apa yang nak dikongsi atau menjadi persoalan adakah betul wujud susuk tubuh nie atau sengaja dijadikan kambing hitam barat atau Amerika untuk mendoktrinkan seluruh dunia bahawa Islam ini adalah pengganas.

Kita lihat,beliau telah diburu sejak tahun 2002 lagi bila pengeboman Bali yang mengatakan keterlibatan beliau dan Jemaah Islamiah(JI) ,sejak drpd detik itu berapa banyak pengeboman berlaku di Indonesia dan sume dituju kpd beliau dan tidak semena-mena menunjukkan agama Islam sbg pengganas,dan sejak itu juga gerakan memburu beliau terus memuncak dan diakhiri pada 18 september 2009 dengan dikatakan oleh media bahawa MUKANYA TELAH HANCUR??? pendedahan kpd umum hanya mengatakan cap jarinya same.Wujud atau tidak Nordin Mat Top hanya diketahui oleh sekutu-sekutunya dan jgn lupe Allah Maha Mengetahui segala-galanya.

Sebenarnya,ini adalah salah satu propaganda sekutu Amerika & Israel dalam perancangan mereka utk melihat Islam itu hancur.Kita lihat peristiwa lain....
1)Rampasan Kapal terbang dan pengeboman WTC & Pentagon
Persoalan yang masih xmampu dijawab oleh Amerika
a)Bagaimana kapal terbang boleh terlepas dari liputan radar??
b)Letupan kapal terbang mampu runtuhkan bangunan yang penuh dengan besi waja setinggi 410m??
c)Liputan atau pandangan kamera dari segenap sudut seolah telah diletak utk rakaman??
d)Kemana hilang pekerja yahudi seramai 3 ribu lebih pada hari berkenaan??bercuti??

Kesan keatas umat islam
a)Penaklukan regim Amerika di Afghanistan kononnya tpt sembunyi perancang utama,Osama
b)Islamiphobia memuncak dikalangan orang bukan islam
2) Pengeboman Bali 2002

Salah satu pengeboman yang paling dahsyat di Indonesia yang menyebabkan 202 orang mati kebanyakan adalah warga asing dan 209 cedera.
Persolannya....
a)pengeboman menggunakan bom C4 kerana kesan yg amat dahsyat tetapi negara yang ada hak mengeluarkan bom nie adalah beberapa negara shj tdk termasuk Indonesia.Bagaimana rakyat Indonesia boleh dapat bom sebegitu???
b)beberapa saksi yang hidup n masih cedera tetapi telah dibawa ke Australia kononnya utk dirawat tapi dihantar pulang dgn abu mayatnya shj,sedangkan di Indonesia ada peluang utk pulih???

Kesannya..
a)Syahidny 3 orang mujahiddin islam,Imam Samudra,Amrozi,Ali Ghufron ditembak mati

3)Campurtangan politik di Iraq dan dikatekan tpt persembunyian pengganas
Ini adalah atr kejadian-kejadian yang menjadi perancangan Amerika dan Israel dalam menjalankan agenda mereka,betapa licik dan cerdiknya mereka ini,jadi adakah kita sbg MAHASISWA ISLAM yang dikatakan GOLONGAN INTELEKTUAL hanya berdiam diri melihat agama kita dilakukan & diperkatakan sebegitu...????

12:38 AM

RAMADHAN 1430 HIJRAH

Posted by fendi@saladin


Salam Akhirul Ramadhan...pertamanya syukur dipanjatkan masih lagi diberi umur panjang untuk menikmati ramadhan sehingga hari ni..akhirnya berkat penghujung ramadhan ni br dapat update blik blog ni stelah 'berkurun' x care ,bley kate hidup segan mati xmau,memang sudah dijangka akan terjadi camni pada permulaan wat blog nie,INSYAALLAH akan cube sedaye upaya utk trus hidupkan blog nie.

RAMADHAN..

Ramadhan telah sampai ke penghujung,bagi diri ini ramadhan kali ni paling cepat berlalu rasanya,sedar xsedar dah balik untuk cuti raye di kampung.Persoalannya adakah Ramadhan yang berlalu ni memberi satu perubahan kepada kita,adakah Ramadhan kali ni lebih baik daripada tahun lepas atau sama saje atau lebih teruk lagi,same-same lah kite nilai balik bagaimana Ramadhan kite pada tahun 1430H nie,semoga segala amalan ibadat yang dilakukan mendapat keredhaan di sisiNYA.

Sabda Rasulullah s.a.w “Sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan mengampuni segala dosanya yang terdahulu”. Riwayat Bukhari.

Sedikit perkongsian di penghujung Ramadhan ini semoga kita xlupa dan lalai dalam hendak menyambut kedatangan Syawal nanti.
Bulan Ramadahn menyaksikan 4 perkara besar yang mana setiap satunya mengandungi Ibrahnya yang tersendiri

1) NUZUL QURAN
-peristiwa nuzul Quran yang telah dicatatkan dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud
"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah..."
tetapi terdapat beberapa pendapat tentang cara penurunan Al-quran ini,ada mengatakan turunnya dari Allah sekali gus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia, dan ada pendapat turun melalui Jibril dalam mase 20 malam,sumenya disokong dengan hujah dan dalil masing-masing. Tapi xpela diri ni bkan ahli nak berdebat tntg mnda tue,cume yang pastinya wahyu turun ke Rasullullah dalam masa 23 tahun kerasulan baginda dan kita boleh lihat apa hikmah di sebalik turunnya secara beransur-ansur itu.

a) sebagai penguat hati baginda dalam menghadapi cabaran yang pelbagai, sudah menjadi lumrah manusia bila mane ditekan akan memerlukan nasihat atau pedoman dari orang yang dipercayai jadi Rasulullah sebagai kekasih Allah menerima wahyu untuk dijadikan bekalan untuk berdakwah.jadi kepada sesiapa yang mane bergelar dai'e memang memerlukan sedikit sebanyak nasihat dari orang yang berpengalaman,jgan disembunyikan masalah yang ada.takut menghalang perjalanan dakwah itu.

b) mendidik masyarakat secara beransur-ansur supaya mereka mudah memahami apa yang Rasulullah hendak sampaikan yang mane xperlu rase tertekan dalam mendidik seseorang dalam memahami kite,disebabkan mereka memerlukan mase dalam memahami kita.

c)menyesuaikan diri dalam sesutu perkara yang belaku apabila timbul sesuatu masalah berlaku di kalangan mereka.ini dapat diambil iktibar bahawa segala apa yang berlaku atau timbul sumenya ada dalam Al-Quran penyelesaiannya melalui kaedah-kaedah tertentu

d) menunjukkan betapa mulianya kedudukan Al-Quran iaitu bukannya ciptaan makhluk yang mane dapat mematahkahkan hujah-hujah orientalis barat.

2)LAILATUL-QADR
Satu malam bonus yang telah dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad di bulan Ramadhan nie.pada malam nie akan diberi pahala seribu bulan ibadah iaitu menyamai pahala 83 tahun beribadat,satu anugerah Illahi kepada umat Rasulullah yang umur ratanya tidak terlalu panjang.Iktibar yang boleh diambil dari malam nie adalah kerahsiaan bile nya malam nie akan muncul,pelbagai pendapat ada dalam untuk mencari malam Al-Qadr nie.Dengan rahsianya malam ni maka seluruh ummat yang sedar akan berlumba-lumba dalam memburu malam ni tanpa mengira bila malamnya,

3)BADAR AL-KUBRO
'Ghuzwah' pertama yang disertai nabi dalam memerangi musyrikin mekah.Peperangan ini berlaku antara tentera islam seramai 313 orang menentang 1000 tentera musyrikin Mekah,apa yang bley diambil iktibar dr cni adalah ketabahan dan keyakinan tentera muslim dalam berperang di waktu bulan puase,jd kite sebagai pelajar muslim xd alasan utk mengurangkan grak kerja kte atau malas dalam stdy.

4)IFTAHUL MEKATUL MUKARRAMAH
Pada bulan Ramadhan ni juga berlakunya penubuhan kerajaan Islam yang ke-2 di Mekah dan kemasukan beramai kaum musyrikin Mekah ke dalam Islam.Pada waktu ini kaum muslimin Ansar dan Muhajirin mempunyai angkatan tentera yang kuat menyebabkan tentera musyrikin Mekah takut untuk memerangi mereka dan menyerah kalah.Pada waktu ini juga tokoh musyrikin Mekah memeluk islam,Abu Sufyan dan juga bapa saudara Rasulullah, Abbas Abdul Mutalib.Apa yang dapat diambil dari peristiwa ini adalah kemasukan kedalam Islam bila mane sudah kuat Islam itu,sesungguhnya orang yang terlibat dalam perjuangan islam sebelum menangnya islam atau tertegaknya islam adalah lebih mulia dari yang masuk selepasnya itu,ini berdasarkan kisah Rasulullah memaafi sahabat yang melakukan kesilapan besar dalam peristiwa pembukaan Mekah ini disebabkan Allah telah memuliakan beliau dengan mengampunkan segala dosa muslimin yang terlibat dalam badr al-kubro yang lpas kerana perjuangan sahabat itu dalam menegakkan Islam dalam zaman sukar.

Semoga apa yang dikongsi dapat memenuhi hari-hari terakhir Ramadhan yang berbaki ni dengan perkara yang baik..INSYAALLAH

TGGU POST SYAWAL ...



9:34 PM

blog perjuang

Posted by fendi@saladin

alhamdulillah..pertama2 nya bersyukur ke hadrat illahi dengan nikmat dan iradatnya masih lagi diberi peluang menghirup udara yang segar di kampus khazanah alam ni..dan yang utamanya masih lagi berada dalm nikmat iman dan islam...moga hidayah yang diberi kepadaku kekal hinnga akhirnya...insyaallah..
ALHAMDULILLAH..
akhirnya siap juga blog yang serba naif ni...terdahulu berjuta terima kasih kepada sdri nadiah,rakan seperjuangan didalam MPP yang telah mencetuskan idea untuk mencipta blog ni..terima kasih nad serta sahabat2 seperjuangan lain yang secara langsung atau tidak dalam pembikinan blog yang x seberapa
Sebenarnya bnyak halangan untuk meneruskan blog ni..maklumlah diri dihurung kesibukan kononnya..tapi bila dipikirkan kembali kemana sibuk ni untuk masyarakat sekeliling dan untuk masyarakat kampus yang kebanyakannya muslim khususnya...adakah segala ap yang diri ni sibukkan sudah memadai untuk kemaslahatan sesama muslim itu sendiri atau diri ini yang semakin jauh dengan kemaslahatan diri sendiri..teringat diri ini tentang Mujahid abad ke 20 yang popular As-syahid Hassan Al-Banna..seluruh masa hidupnya diinfakkan untuk perjuangan islam dan masih juga ada masa untuk segala kepentingan lain seperti keluarga dan sahabat2..sesungguhyan diri ni masih lagi naif untuk membahagikan masa yang btul..
Blog ini Insyaalah akan digunakan sebek-beknya untuk kebekan sesama..ramai dah blogger2 yang menggunakan blog untuk menyampaikan ideologi dan risalah masing2 dan ad juga yang menjadikan sebagai diari kehidupan setiap hari untuk tatapan pelayar laman yang berkunjung ke blog..xkira la bagaimana kita mengaplikasikan blog itu tapi sharusnya xperlula untuk bercerita tentang keaiban diri sendiri didalam blog yang mane mungkin kite xsedari..semolek-moleknya blog tu dapatlah memberi manfaat kepada orang len xkirala dr segi ap pon..kerna 'sebek - bek manusia itu adlah yang memberi manfaat kepada yang lain'..diri ini berharap blog ni sekurang-kurngnya dapatlah memberi manfaat kepada diri sendiri walaupon xmampu mane untuk memberi manfaat kepada orang lain..
Tajuk blog mungkin agak lembut didalam kekerasan 'term' pejuang tu..tapi begitulah hakikatnya bahawa diri ini sama ad diperlukan atau tidak dalam perjuangan tetapi masih hendak cuba..xmanis kte nak kate kite ni pejuang sejati sdangkan masih banyak lagi dugaan yang perlu ditempuhi..yang mane ALLAH telah berfirman

'Adakah dia mengatakan dirinya sudah beiman sedangkan dirinya masih belum teruji'
Akhir kalam dari post pertama ni semoga segala apa yang terlakar ni dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh diri ini dan orang lain..INSYAALLAH..
-MOHON TUNJUK AJAR-