Naif sang Pejuang

bila diri ditekan, diri terpaksa menerima tanpa pertanyaan yang beribu...bila diri dalam kealpaan ad yang datang mengingatkan..bila diri dalam ketandusan ada juga yang meyirami...kerna ku tau ku hanyalah pejuang yang naif yang ingin bersama2 berjuang..

12:38 AM

RAMADHAN 1430 HIJRAH

Posted by fendi@saladin


Salam Akhirul Ramadhan...pertamanya syukur dipanjatkan masih lagi diberi umur panjang untuk menikmati ramadhan sehingga hari ni..akhirnya berkat penghujung ramadhan ni br dapat update blik blog ni stelah 'berkurun' x care ,bley kate hidup segan mati xmau,memang sudah dijangka akan terjadi camni pada permulaan wat blog nie,INSYAALLAH akan cube sedaye upaya utk trus hidupkan blog nie.

RAMADHAN..

Ramadhan telah sampai ke penghujung,bagi diri ini ramadhan kali ni paling cepat berlalu rasanya,sedar xsedar dah balik untuk cuti raye di kampung.Persoalannya adakah Ramadhan yang berlalu ni memberi satu perubahan kepada kita,adakah Ramadhan kali ni lebih baik daripada tahun lepas atau sama saje atau lebih teruk lagi,same-same lah kite nilai balik bagaimana Ramadhan kite pada tahun 1430H nie,semoga segala amalan ibadat yang dilakukan mendapat keredhaan di sisiNYA.

Sabda Rasulullah s.a.w “Sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan mengampuni segala dosanya yang terdahulu”. Riwayat Bukhari.

Sedikit perkongsian di penghujung Ramadhan ini semoga kita xlupa dan lalai dalam hendak menyambut kedatangan Syawal nanti.
Bulan Ramadahn menyaksikan 4 perkara besar yang mana setiap satunya mengandungi Ibrahnya yang tersendiri

1) NUZUL QURAN
-peristiwa nuzul Quran yang telah dicatatkan dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud
"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah..."
tetapi terdapat beberapa pendapat tentang cara penurunan Al-quran ini,ada mengatakan turunnya dari Allah sekali gus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia, dan ada pendapat turun melalui Jibril dalam mase 20 malam,sumenya disokong dengan hujah dan dalil masing-masing. Tapi xpela diri ni bkan ahli nak berdebat tntg mnda tue,cume yang pastinya wahyu turun ke Rasullullah dalam masa 23 tahun kerasulan baginda dan kita boleh lihat apa hikmah di sebalik turunnya secara beransur-ansur itu.

a) sebagai penguat hati baginda dalam menghadapi cabaran yang pelbagai, sudah menjadi lumrah manusia bila mane ditekan akan memerlukan nasihat atau pedoman dari orang yang dipercayai jadi Rasulullah sebagai kekasih Allah menerima wahyu untuk dijadikan bekalan untuk berdakwah.jadi kepada sesiapa yang mane bergelar dai'e memang memerlukan sedikit sebanyak nasihat dari orang yang berpengalaman,jgan disembunyikan masalah yang ada.takut menghalang perjalanan dakwah itu.

b) mendidik masyarakat secara beransur-ansur supaya mereka mudah memahami apa yang Rasulullah hendak sampaikan yang mane xperlu rase tertekan dalam mendidik seseorang dalam memahami kite,disebabkan mereka memerlukan mase dalam memahami kita.

c)menyesuaikan diri dalam sesutu perkara yang belaku apabila timbul sesuatu masalah berlaku di kalangan mereka.ini dapat diambil iktibar bahawa segala apa yang berlaku atau timbul sumenya ada dalam Al-Quran penyelesaiannya melalui kaedah-kaedah tertentu

d) menunjukkan betapa mulianya kedudukan Al-Quran iaitu bukannya ciptaan makhluk yang mane dapat mematahkahkan hujah-hujah orientalis barat.

2)LAILATUL-QADR
Satu malam bonus yang telah dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad di bulan Ramadhan nie.pada malam nie akan diberi pahala seribu bulan ibadah iaitu menyamai pahala 83 tahun beribadat,satu anugerah Illahi kepada umat Rasulullah yang umur ratanya tidak terlalu panjang.Iktibar yang boleh diambil dari malam nie adalah kerahsiaan bile nya malam nie akan muncul,pelbagai pendapat ada dalam untuk mencari malam Al-Qadr nie.Dengan rahsianya malam ni maka seluruh ummat yang sedar akan berlumba-lumba dalam memburu malam ni tanpa mengira bila malamnya,

3)BADAR AL-KUBRO
'Ghuzwah' pertama yang disertai nabi dalam memerangi musyrikin mekah.Peperangan ini berlaku antara tentera islam seramai 313 orang menentang 1000 tentera musyrikin Mekah,apa yang bley diambil iktibar dr cni adalah ketabahan dan keyakinan tentera muslim dalam berperang di waktu bulan puase,jd kite sebagai pelajar muslim xd alasan utk mengurangkan grak kerja kte atau malas dalam stdy.

4)IFTAHUL MEKATUL MUKARRAMAH
Pada bulan Ramadhan ni juga berlakunya penubuhan kerajaan Islam yang ke-2 di Mekah dan kemasukan beramai kaum musyrikin Mekah ke dalam Islam.Pada waktu ini kaum muslimin Ansar dan Muhajirin mempunyai angkatan tentera yang kuat menyebabkan tentera musyrikin Mekah takut untuk memerangi mereka dan menyerah kalah.Pada waktu ini juga tokoh musyrikin Mekah memeluk islam,Abu Sufyan dan juga bapa saudara Rasulullah, Abbas Abdul Mutalib.Apa yang dapat diambil dari peristiwa ini adalah kemasukan kedalam Islam bila mane sudah kuat Islam itu,sesungguhnya orang yang terlibat dalam perjuangan islam sebelum menangnya islam atau tertegaknya islam adalah lebih mulia dari yang masuk selepasnya itu,ini berdasarkan kisah Rasulullah memaafi sahabat yang melakukan kesilapan besar dalam peristiwa pembukaan Mekah ini disebabkan Allah telah memuliakan beliau dengan mengampunkan segala dosa muslimin yang terlibat dalam badr al-kubro yang lpas kerana perjuangan sahabat itu dalam menegakkan Islam dalam zaman sukar.

Semoga apa yang dikongsi dapat memenuhi hari-hari terakhir Ramadhan yang berbaki ni dengan perkara yang baik..INSYAALLAH

TGGU POST SYAWAL ...



0 comments:

Post a Comment